kami, ukhwah dan perjuangan

silaturrahim kami ukhwah fillah
bermusuh kami nau'zubillah
berpisah mati insyaAllah
pengubat hati doa Rabithah

Saturday, 16 July 2011

Nisfu Syaaban (^_^)

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Thursday, 7 July 2011

romantik itu sunnah nabi

hmm.. ini cerita, ana copy and paste je.. tertarik dengan sifat Rasulullah saw yg sgt sweet and sgt romantik. semoga kita jga dijodohkan oleh Allah swt dengan suami yg soleh dan romantik.. jom !! sama2 kita belayar menyusuri kisah romantik Rasulullah bersama dgn isterinya... :)


Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati…mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalautak percaya..cubalah kahwin..hehhe..
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikanNya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan dihadapan manusia. Namun ianya dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang. Pemimpin tertinggi umat Islam, namun disisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masakini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk disisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri dibelakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng dibelakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya dari hadis Nabi SAW.

Monday, 4 July 2011

Haruskah aku jujur....




Assalamualaikum....

Orang kata kita kena jujur...betul ke???? Jujur...hmmmmmmm...sepatutnya mmg patut ada la..setiap orang patut ada sifat ni...setiap orang patut jujur..ada hadith nabi membawa pesan mengenai kejujuran......

Selalulah kamu jujur, karena sesungguhnya jujur itu mengantarkan kamu pada kebaikan dan kebaikan itu sesungguhnya mengantarkan pada surga. Sedangkan dusta akan mengantarkan pada keburukan dan dosa, dan sesungguhnya dosa itu akan mengantarkan pada neraka. [Hadits: Mutafaqun Alaih]

Di sebuah rumah usang dalam deretan rumah yang berhampiran Masjid Haram, kelihatan seorang isteri sedang bergegas memastikan suaminya segera pergi ke masjid di awal subuh. Si suami seorang syeikh berusia sekitar 85 tahun.  Dalam usia agak lanjut, ketara berat tanggungan syeikh tua itu. Di dalam rumah buruk serba dhaif itu turut dihuni empat anak perempuan, ibu mertua dan dua adik perempuan. Tambah menyayat hati, seisi rumah itu hanya mempunyai satu persalinan untuk dipakai bergilir-gilir bagi menunaikan solat. Justeru itu syeikh mesti pulang awal setiap kali selesai menunaikan solat fardhu. Ini membolehkan tanggungannya di rumah dapat bergilir-gilir menggunakan persalinan pakaian untuk solat. Begitulah yang berlangsung sekian lama. Ditambah lagi dengan kekurangan makanan. Sering mereka berpuasa dan berlapar.

Hinggalah pada suatu hari…, dalam perjalanan pulang ke rumah, di pertengahan jalan syeikh terjumpa seutas tali pinggang seseorang yang tercicir. Dia sangat terkejut! Di dalam kantung tali pinggang itu ada wang emas yang banyak! Berdebar-debar hatinya. Apakah mahu disimpan? Dibelanjakan isinya? Dicari siapa tuannya? Atau diletakkan saja kembali di tempat yang ditemui tadi?

Dalam kecamuk perasaan yang begitu, hati nuraninya berbisik;  mengapa begitu jauh layangan fikiranku? Harta itu bukan milikku. Ianya mesti diperlakukan seperti yang Allah tentukan.Umumkan pada orang ramai, siapa yang punya barang itu. Jika tidak ditemui hingga setahun pemiliknya, barulah harta itu halal bagi yang menjumpainya.

Setelah sampai di rumahnya, dalam keadaan dirinya bertarung memujuk bisikan hati sendiri, isterinya pula tambah merayu-rayu. Si isteri meminta sedikit dari apa yang ditemui sekadar mencukupkan keperluan yang mendesak.

Syeikh merenung wajah isterinya. Pujukan wanitalah yang sering membuat iman lelaki tergugat. Terasa bagaikan pecah kepalanya bertarung dengan pujukan demi pujukan isterinya. Digagahinya menyedarkan si isteri.

“Kau isteri yang baik. Sepatutnya mendorong aku memilih jalan kebaikan. Apakah kesabaran kita menanggung susah selama lebih 50 tahun, sanggup dicairkan hanya beberapa saat ini?”

Begitu gawat pertarungan perasaan yang dihadapi syeikh. Sekian lama dia ikhlas mendidik ahli keluarganya supaya sentiasa tabah dan mentaati Allah. Saat ini benar-benar besar ujian yang dihadapinya.

Keesokannya syeikh pergi ke masjid seperti biasa. Selesai solat, syeikh terkejut mendengar satu pengumuman seorang Khurasan yang kaya telah tercicir tali pinggangnya. Ditawarkan ganjaran bagi yang mengembalikan semula. Bila diamati oleh syeikh, ternyata orang itu tuan punya tali pinggang yang ditemui. Segera dia memberitahu orang kaya Khurasan itu dengan berhajatkan ganjaran 10 peratus daripada harta tersebut. Gelagatnya turut diikuti dan diperhati oleh seorang pemuda yang juga tertarik hati mendengar ganjaran yang mungkin diberikan. Si tuan punya tali pinggang enggan memberi ganjaran sebesar itu. Kata orang Khurasan itu, “Memadailah ganjaran yang di sisi Allah.”

Syeikh pulang ke rumah untuk berfikir lagi. Terus didesak oleh isterinya untuk meminta sekadar satu persen. Sudah mencukupi untuk menampung keperluan utama mereka. Sebaik syeikh menemui semula orang kaya itu, tetap disebutkan ganjaran yang diberikan, “Cukuplah atas apa yang Allah tentukan.” Mendengar kata-kata yang sedemikian syeikh yang berjuang dengan keimanannya itu lantas setuju. Lalu dia mengajak orang kaya Khurasan ke rumahnya untuk mengembalikan tali pinggang tersebut. Mereka turut diikuti pemuda yang sama memerhati hal itu. 

Sesampai di rumahnya syeikh terus menyerahkan tali pinggang itu kepada yang empunya. Setelah dipastikan semua jumlah wang emasnya cukup, tidak terluak, orang Khurasan itu menyerahkan kembali harta tersebut kepada syeikh, “Ambillah yang menjadi hakmu. Cukuplah dengan ganjaran dari Allah.” Tercengang-cengang semua yang mengikuti peristiwa itu.


 
Syeikh itu memanggil seisi rumahnya berserta pemuda yang mengikutinya. Dibahagi-bahagikan semua harta yang direzekikan Allah kepada mereka. Semua mereka beroleh bahagian 100 dinar setiap seorang. Anak muda itu tersangat gembira, kerana dengan wang itu dia dapat melanjutkan pengajiannya. Begitu juga dengan anak dan isteri syeikh, semua mereka dapat membebaskan diri daripada himpitan kemiskinan.

Sesungguhnya semua itu adalah ganjaran dari kesabaran mereka seisi keluarga menanggung kesusahan dalam ketaqwaan kepada Allah. Teryata ketaatan dan kejujuran syeikh terhadap perintah Allah dapat menjamin kebahagiaan mereka seisi keluarga sepanjang hayat. 


Best x????? best kan....so harap2 kita semua ambil la pengajaran dr cerita ni smua k... (^____^)