kami, ukhwah dan perjuangan
silaturrahim kami ukhwah fillah
bermusuh kami nau'zubillah
berpisah mati insyaAllah
pengubat hati doa Rabithah
Friday, 24 June 2011
Dia sahabat ku....
Assalamualaikum...hmmmmm...orang selalu kata berkawan ni biar beribu, berkasih biar satu...tp bagi saya kalau kawan beribu-ribu pun tapi semua nya bawa ke arah yang x betul, bukan ke landasan Dia, baik x payah ada kawan ramai-ramai...betul x???? cukup la kawan yg sikit tp boleh bawa kita ke arah yang betul. Kita jgn tngok kuantiti tp kualiti..Saya selalu set kan dalam mind ni rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. (^_^)
Dalam banyak-banyak persahabatan yang orang kata best,sweet, dan comel...pada pendapat saya la kan, persahabatan antara Rasullulah SAW dan Abu Bakar adalah yang palinggggggg menarik,sweet dan patut jadi kan panduan pada siapa-siapa yang nak dapatkan kawan yang betul-betul kawan..bukan kawan yang hanya tengok harta,kecantikan atau kehenseman dan populariti kita...Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Nak tau sesuatu x????Kalau nak tau terus kan membaca, kalau x nak sila lah berhenti membaca...Rasulullah SAW meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”
Wahhh!!!!!!ini la yang dikatakan so sweetttttt...Abu Bakar sentiasa bersama Rasulullah x kira apa juaaaa yg berlaku...ada ker lg kwn mcm ni...Kalau ada, jaga la dia,sayangi la dia, hormati la dia dan sentiasa doa kan lah dia...
Nak tau lagi satu benda x?????hmmmm...bnda yg sama gak...klau nak tau teruskan membaca, klau x nak sila lah berhenti membaca...Ciri-ciri sahabat/rakan/kawan/teman yang baik yg berguna adalah :
1)Kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2) Kawan yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
3)Kawan yang baik perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”
Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
4) Kawan yang menegur sahabatnya di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah. (Hadis riwayat Muslim).So, klau ada kawan tegur-tegur kita, jgn la marah-marah or rasa nak berdendam dgn dia k...
5)Kawan yang membantu ketika sahabatnya kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).Tapiiiiii....jgn pulak ambil kesempatan masa kita kesempitan..Contohlah, ada kawan nak belanja makan sebab tau awak tu x ada duit, terima je la pemberian si dia..jgn la pulak kata nak makan ni la,nak makan tu la...tu melebih-lebih la pulak...
So, kalau awk smua ada kwn-kwn mcm nie yg ciri-ciri nya mcm di atas ni, hargai la dia k...sbb bukan senang nak cari kawan yang baik sekarang ni...mcm saya ni, syukur pada Allah pertemukan saya dengan kwn-kwn yg baik,sweet n slalu ada bsama saya x kira senang atau susah..Fairuz, Fatimah, Hamidah & Majidah...thanks.. (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment