kami, ukhwah dan perjuangan

silaturrahim kami ukhwah fillah
bermusuh kami nau'zubillah
berpisah mati insyaAllah
pengubat hati doa Rabithah

Saturday, 25 June 2011

Teringin aku menjadi seperti dia..........

Teringin saya menjadi seperti dia....menjadi seorang isteri yang solehah...yang membahagiakan suami...yang dicintai suami...yang taat kepada suami...insya Allah satu hari nnti masa saya akan tiba... (^_^)...siapa yang saya mksd kan ialah kisah seorang wanita bernama Muthi'ah yg hidup pada zaman Rasulullah SAW..

Kisah nya mcm nie......

Pada suatu hari Fatimah binti Muhammad SAW puteri kesayanganya,juga isteri Saydina Ali bertanya kepada Rasulullah SAW.:“Ya Rasulullah SAW…Siapakah wanita yang paling baik akhlaknya?”Jawab Rasullulah SAW :“Wahai puteriku Fatimah…Datanglah engkau ke rumahnya Muthi’ah, di sana engkau akan mengetahui siapa wanita terbaik akhlaknya.”

Fatimah pun berangkat menuju rumah Muthi’ah dengan membawa seorang anaknya iaitu Hassan yang pada waktu itu masih kecil. Sesampainya di rumah Muthi’ah maka dia memberi salam pada wanita itu,sebelum pintu di buka dilihatnya dari jendela siapa yang memberi salam,ternyata Fatimah. Namun  kerana membawa anak lelaki, Muthi’ah menolaknya secara halus agar anaknya di bawa pulang dahulu kerana walau bagaimanapun anaknya adalah seorang lelaki. Suaminya sudah berpesan agar tidak diizinkan menerima tetamu seorang lelaki walau saudaranya sekalipun. Fatimah hairan sejenak melihat dinding rumah terselit sebuah kipas dan sebatang rotan juga tergantung senduk kecil yang bersih, yang baru kali ini dia melihat barang-barang tersebut, iaitu di rumah Muthi’ah.

Setelah Muthi’ah selesai menghidangkan makanan ala kadar,maka Fatimah berbicara tentang maksud kedatangannya, lalu Muthi’ah menjawab : “Perilaku saya sebenarnya tidaklah teramat istimewa, malahan Rasulullah SAW lebih mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh beliau sebagaimana kewajiban saya sebagai seorang isteri, di antaranya :
·         Saya tidak dapat meninggalkan rumah jika suami sedang pergi.
·         Saya tidak beri izin tamu lelaki masuk jika suami saya tidak ada.
·         Saya tidak akan berkeluh-kesah kerana suami orang yang tidak punya harta.
·         Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
·         Saya tidak cepat-cepat cemburu.
·         Saling menghargai dan mengerti antara kami berdua.

Mendengar keterangan Muthi’ah demikian, Fatimah jadi terharu hatinya. Kini Fatimah balik bertanya :
“Maaf ya Muthi’ah, ada sesuatu yang saya akan tanyakan. Saya lihat ada rotan,kipas dan senduk kecil sejak tadi menjadi perhatian saya. Apa gunanya benda-benda tersebut .”Kata Muthi’ah “Saya sengaja sediakan rotan,kipas dan sebuah senduk kecil.Memang saya manfaatkannya buat kami berdua yakni untuk saya dan suami saya. Saya tahu bahawa seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isterinya dan kerana sayang kepada isterinya, dia mencari nafkah sehari-hari walau keadaan panas terik,tidak menjadi halangan baginya pergi ke tempat jauh untuk mencari rezeki.”

Oleh kerana itu sebagai ajaran Rasullulah SAW, bahawa saya harus taat pada suami saya, saya curahkan apa yang boleh pada diri saya demi untuk membahagiakan suami saya. Maka begitu nnti suami saya pulang, saya akan berpakaian kemas, saya sambut suami saya dengan senyuman. Andai kata nampak wajah suami saya kusut kelihatannya saya sambut dengan ramah dan saya tanyakan sebabnya. Maka begitu suami saya masuk, saya bukakan bajunya dan sepatunya, saya gosok peluhnya dengan senduk kecil ini kemudian menghilangkan rasa panas badannya lalu saya ambil kipas ini lalu saya kipasi dia. Begitulah saya kerjakan ketika suami saya baru pulang. Kemudian setelah itu saya tanyakan : Apakah dia mahu mandi atau mahu makan dulu..Bila suami saya katakan mahu mandi, saya hantar suami saya ke bilik mandi, saya membantu menuangkan air ke badannya. Maka jika suami saya minta digosokkan badannya saya kerjakan itu semua dengan penuh cinta dan bahagia. Maka setelah selesai mandi saya sediakan pakaian persalinan untuknya.Begitulah saya kerjakan setiap hari. Bila selesai makan dan selesai solatnya saya ambil rotan ini dan saya berkata kepada suami saya. Suamiku sayang, peganglah rotan ini. Ketika itu saya membuka baju,saya tidak malu-malu. Kata saya : “ Wahai suamiku bilamana saya ada kesalahan atau kekurangan dalam pelayanan keinginanmu pukullah saya dari depan atau belakang.”

Demikianlah saya kerjakan terhadap suami saya. Maka bila saya berbuat demikian terhadap suami saya, lalu suami saya tiba-tiba memeluknya dengan penuh mesra dengan raut muka yang berseri-seri, terlontar dari mulutnya: “Muthi’ah isteriku sayang, mudah-mudahan ketaatan dan ketulusan hatimu terhadap suami akan mendapat rahmat di sisi Allah Ta’ala.”Selain dari itu Muthi’ah menetapkan soal solat lima waktu dan solat sunat rawatib tidak pernah ditinggal, tapi dia lebih senang solat di rumah saja. Kerana lebih terpelihara dari mata orang. Bila suami solat di rumah, dia turut solat jemaah.Soal berhias dia lebih mengutamakan untuk suaminya. Oleh kerana itu, keadaannya Muthi’ah cantik sekali dan dia berdandan rapi dan berhias hanya untuk suaminya.

Pernah diceritakan, ketika Muthi’ah baru mempunyai seorang anak dan anak itu sedang bermain-main, tiba-tiba anak itu sakit dan meninggal dunia. Namun Muthi’ah menerima musibah itu dengan dada lapang. Dia menerima kejadian itu dengan penuh sabar dan hati tabah,kerana ajaran Rasulullah SAW dia resapi dan diterima dengan hati nurani yang murni. Dia hanya dapat menitiskan air mata, dipeluk dan dicium dengan cinta dan sayang, hanya keluar dari mulutnya :” Aku sebagai seorang ibu memang sayang, tapi ada yang lebih sayang iaitu Allah SWT. Kini anakku sudah dipanggil pulang oleh yang menciptakannya, manusia semuanya kepunyaan Allah dan akhirnya akan kembali kepada-Nya.”

Maka setelah suami Muthi’ah pulang dia tidak segera menceritakan kejadiaan itu kepada suaminya, kemudian setelah suaminya mandi dan makan Muthi’ah berkata kepada suaminya :“Kanda apabila kita pinjam sesuatu barang dan barang tersebut diambil oleh empunya, apakah harus kita marah dan menyesal? Ya seharusnya kita ucapkan terima kasih kerana dia telah bersedia memberi kepada kita.bagus jika begitu, ya kanda. Demikian pula yang menimpa kepada anak kita, dia telah meninggal dunia siang tadi dengan sangat mendadak kerana sakit.”Demikian keluarga itu menerima musibah dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Pantaslah kalau Rasulullah SAW menyebutnya seorang wanita yang berakhlak mulia.....(^_^)...

Wahhhhhhhh!!!!!!!....sweet kan...hmmmmmm...kisah cinta yg paling sweet....mudah-mudahan kita semua akan menjadi isteri seperti Muthi'ah...aminnnnn... (^_^)

No comments:

Post a Comment